Thursday, October 25, 2012

:: bila hati mula berbicara ::

jalan apakah yang sedang dilalui gadis ini...
mengapa begini?
Tuhan, maafkan gadis itu
jika kedukaan yang datang adalah kerana kekhilafannya yang lalu
apakah benar insan itu bukan untuknya?.
jalan cerita yang panjang
kisah kehidupan anak kecil yang penuh tangisan
tangisan yang disimpan hingga dewasa
sehingga terkadang ada keluhan berat nadanya
letih..dia benar-benar letih
namun tetap harus diteruskan langkahannya...
tak siapa tahu apa dilaluinya
cuma DIA..
hanya DIA..
Tuhan.. bekalkan dia kesabaran..
semoga setiap titis airmata yang jatuh itu
menjadi kebahagiaan buatnya di sana nanti...


Wednesday, May 16, 2012

kerana cikgu tersayang..




Teringat plak satu kisah klakar msa drjah 3..time 2 birthday cikgu kelas sy..
hari 2 terlupa nak beli hdiah....
duk 'ngaru' jugak la kat ibu suh beli hadiah..tp msa 2 dh lewat mlm,kedai pun dh tutup...ibu ckap xyah la...disebabkan die cikgu kesayangan saya dn juga satu kelas 3cempaka (cikgu rohani awang) sy bertekad jugak nak bg...sy pun cari ape yg blh diberi. nak tau ape hadiah misteri 2?





 haha..kejam betul anak murid...hehe....


1) sy ambil scarf rambut kpunyaan sy sndri 

(gini la lebey kurg scarf rambut 2..hehe..dh lupe rupe asal die cmne)




2)sy amek balm yg dh pakai..


(lupe dah jenama ape..haha...)



tapi yg pasti balm 2 bukan je dh diguna, sumbing lak 2....aduhai..klakar pulak...ibu ckap xpyah bg la...tp degil...nak bg jugak 2...syg cikgu punya pasal...sal hadiah dh slesai...cari smpul hadiah plak xde..dh nak nangis dh time 2..
dgn menggunakan kreativiti yg ade,ni haaaa.....idea baik punya....
trus slongkar kertas2 lukisan..haha

dan akhirnya jumpa satu lukisan yg rupa die cmni:


(sejibik gambar lukisan 2 cmni - lukisan yg dikebas dr subjek pendidikn seni..hehe)



sy pun ape lg... bgkus ler pkai kertas lukisan bergambar betik 2...hehe...bsemangat nak g skolah...smpai2 je kat skolah dlm kelas tgk hdiah penuh ats meja cikgu..hadiah misteri 2 duk lam beg..malu nak kuarkan...iskkk T_T (smua org hdiah cntik2) kwan2 smua tnya bwak hadiah ape, keluarkanlh letak ats meja...dgn perlahan sy kuarkan hadiah 2...letak ats meja...nsib lukisan 2 cntik..abah yg lukis msa pendidikan seni (kantoi) hehe klau sndri lukis alamatnya hancurlah...bile dh letak, pling ats skali 2..haha..xley blah...smua duk tnya, "farahin...awk bg hadiah ape,bgtau lah sy.." dgn selamba je jwab "ade la...mne blh bgtau..hadiah special 2..." haha..mengada2 betul jwapan...smua pun get ready amek tempat msing2...ketua kelas bdiri ats meja tepi pntu ,dan bile je cikgu masuk smua ckap :




HAPPY BIRTHDAY CIKGU!!!

                               sampai skrg masih segar diingatan....
kenangan termanis...buat cikgu ROHANI AWANG entah di mana cikgu skrg...



...CIKGU...

terima kasih ats didikanmu utk anak2 didik mu...x lupa juga smua guru2 yg pernah mngajar diri ini...
terima kasih cikgu...jasamu hnya ALLAH mmpu blas...syukur nikmat..alhamdulillah....







Sunday, April 22, 2012

Rahsia Mudah Akad Nikah...


Anda Nak Kahwin? Dah Bersedia untuk Kahwin? Takut Menghadapi Hari Bahagia Anda? Gemuroh untuk Akad Nikah? Kami Ada Berita Baik untuk Anda...

klik :

http://www.nikahkahwin.com/index.php?ref=alfarafiesya

Saturday, April 21, 2012

sendiri dlm sepi

dlm tadahan doa,
airmataku mengalir laju d pipi
memikirkan semua yg terjadi
bertalu2 aku dihimpit serba salah
antara mereka jua mereka..
kdgkala aku berasakan langkahan ini sudah tidak kuat,
utk menghadapi sisa-sisa mendatang..
dari saat aku mengenal dunia hingga aku bakal mendirikan rumah tangga,
bertalu2 ujian mendatang..
segalanya ku pendam sendirian...
tak ingin biarkan mereka tahu betapa dugaan ini membuatkan aku hampir rebah..
ya ALLAH..sungguh aku tak kuat..
hanya ENGKAU yg aku ada...hanya ENGKAU...
sungguh ENGKAU MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik untukku..

Wednesday, February 15, 2012

mencari atau menjadi?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Monday, February 13, 2012

Ya ALLAH Hatiku Merindu


Ya Allah 
Labuhkanlah rindu ini pada insan
Yang benar2 melabuhkan cintanya untukMu
Labuhkan rasa di dada ini ke dalam dada
Insan yang benar Engkau tautkan rasa untukMu
Labuhkan ungkapan jiwa ini
Ke dalam jiwa orang yang benar di dalam jiwanya untukMu


Ya Allah peliharalah hatiku yang merindu ini
Agar rindu ini tidak menjadi maksiat hati bagiku
Peliharalah rasa ini agar rasa itu hanya ternukil untuk meraih kasihMu
Peliharalah agar jiwa ini hanya mengungkap sayang untuk melestari cintaMu


Ya Allah
Peruntukkanlah diriku hanya untuk orang
yang telah Engkau sediakan KHAS BUAT KU...
yang telah engkau nukil namaku dan namanya di dalam LAUH MAHFUZMU...
ya Allah ku serahkan hidup dan matiku, jodoh dan rezekiku semuanya untukMu...
Maka peliharalah diri ini dengan sebenar2 peliharaan,
Sungguh sulit merawat hati yang sakit...
Sungguh payah membersihkan hati yang berkarat..
Sungguh jenuh menukar mazmumah kepada mahmudah...
Tetapi tiada apa yang mustahil bagiMu..
INNALAHA MAANA...HAYYAKILLAH AIDHON2...
IYYAA KANA' BUDU WA IYYA KANAS TAI'NN...
AAAMIINN YA ALLAH!!!

Sunday, February 12, 2012

titipan cinta

cintailah aku kerana ALLAH...
kerana aku adalah milikNYA...
dariNYA aku dtg..
dn nanti padaNYA jua aku akn kembali..