Thursday, August 18, 2011

SuNgGuH aKu CeMbUrU~


gadis itu
sungguh aku cemburu
hatinya terlalu suci
lidah basah berzikir
tunduk pandangan menjadi hijab
ketaatan pada RABB menjadi nadinya
tidur beralas keimanan
berbantalkan ketakwaan
berselimutkan keredhaan TUHAN
sungguh sangat sempurna
kelembutan yang ada
bukanlah penghalang
untuk menjadi tegas dalam dirinya
tegas menyampai risalah
sungguh aku cemburu
aku ingin sebegitu
namun aku lalai
sering tersasar
sungguh aku cemburu
YA ALLAH
berilah aku peluang sekali lagi
untuk menebus
segala kekhilafan dan kelalaian diri
tunjukkan aku jalan yang ENGKAU redhai





Thursday, August 11, 2011

Kewajiban berpuasa dalam Al Qur’an





"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]


Keutamaan berpuasa:
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Keutamaan bulan Ramadan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795

Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812

Dilarang puasa pada hari raya:
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]

Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]

Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Puasa yang sia-sia:
"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]
Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.

Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?
Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.
Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]

Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:
"Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]


 sumber: 

Tuesday, August 9, 2011

Matangkah aku,die,kamu,& mereka?

                              ....Assalamualaikum W.B.T.....
-bila bcakap ttg matang for sure org akn kaitkan dgn umur..
Act, cmne sbenarnya matang ni diukur? Bg stengah individu ade yg kata mkin brusia ssorg 2,mkin matang la die…hehe..yeke?cam takkkk je….knapa org yg dh kwin still bole cerai? matangkah mereka mngendalikan bahtera?ce fkir…ce fkir…haha…(jgn kerutkan dahi anda..ngeh3…) Ade jugak yg kata dri raut wajah mgmbarkan kmatangan…hoho..kirenya brusia la ni ek?hehe…2 mcm ayat berlapik 2….umur sudh matang….lebih kurg cenggitu la….tp rsanya smua 2 xleh dijadikan bhan pngukur…(ce test amek tali inchi ke,pita ukur ke…pembaris pon bole…hik3…) Bole jd jugak matang diambil kira dri segi cara berfikir…so,cmne nak tau cara berfikir yg mcmne dikategorikan sbgai matang ni? (fkir lagi…^_^)
Yg JELAS…..matang ni sbenarnya bgntung pda sape pnilainya…sbb ramai shbt2 sy btnya: awk tgk sy ni matang x?cmne nak jwab tuh….(fkir ag…^_^) utk mrungkaikan psoalan matangkah aku,die,kamu & mereka ni,sy sgt2 tertarik dgn 1 pendapat hamba ALLAH ini mgenai matang…nak tau ape sbenarnya matang…haa….jom bce kt bwah ni….

 Definisi matang
 manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.
Sesiapa yang tidak mampu, maka dia bukan matang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun dia Pensyarah di Universiti, walaupun dia ketua di sebuah negeri.

Kenapa sebegitu takrifnya?
Mudah. Pada saya, orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.
Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya. Hal ini kerana, dunia adalah ladang kepada akhirat kita. Maka kita akan berusaha menyemai benih-benih yang baik sahaja, jika kita faham bahawa kita hendak menuai sesuatu yang baik di sana.
Manusia yang faham begini, kalau dia tersilap di atas dunia ini, melakukan kesalahan, berbuat dosa, tergelincir dalam maksiat, maka dia akan bersegera untuk bergerak pulang ke jalan yang sebenar. Kerana dia faham, dia akan kembali kepada siapa.
Dari kefahaman inilah, akan munculnya segala kekuatan, keseriusan untuk hidup, dan kesungguhan dalam pekerjaan.
Matang biasanya kita kaitkan dengan kedewasaan serta cara berfikir. Maka tidakkan kita memerhatikan bahawa, manusia yang nampak akan kaitan hidupnya dengan akhirat, maka dia secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya?

Matang dan umur
Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang.
Pendapat saya, kematangan tidak diukur dengan umur, atau tahap pengajian. Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran dan keseriusan dalam tindakan. Bagi orang yang benar-benar matang, dia akan berfikir berkenaan perkahwinan, lebih dari sekadar cintanya kepada orang yang dia cinta.
Dia akan fikir persediaannya untuk menjadi suami yang baik, persediaannya hendak menyara keluarga, persediaannya untuk menjadi bapa yang baik, persediaannya untuk membina keluarganya ke arah yang baik, seterusnya persediaannya untuk membawa keluarganya menembusi akhirat dengan baik. Inilah kematangan. Bukan sekadar kahwin kerana syok-syok, suka sama suka, cinta sama cinta.
Justeru, untuk yang mencapai tahap kematangan ini, apa salahnya dia hendak berkahwin awal? Mungkin sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek ini, kerana mentaliti kita hari ini mengaitkan kematangan dengan umur. Namun pada saya, anak kecil berumur 12 tahun pun boleh menjadi matang. Semuanya apabila dia berjaya mengaitkan kehidupannya di dunia, dengan akhiratnya.
Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, berfikir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.
Atas dasar ini, saya menyatakan bahawa, umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.

Contoh kematangan terdahulu
Saya suka menunjuk kepada seorang manusia dalam sejarah dunia, yang pada saya menjadi contoh kematangan yang sebenar.
Usamah bin Zaid RA. Kenalkah anda akan dia?
Dia menjadi jeneral tentera Islam, dalam ekspedisi menewaskan Rom, seawal usianya 18 tahun. Dia menjatuhkan Rom pada umurnya 19 tahun. Di belakangnya ada sahabat-sahabat besar seperti Saad bin Abi Waqqas, dan sebagainya.
Bagaimana Usamah bin Zaid RA ini boleh diangkat menjadi jeneral pada usia sedemikian? Kerana kematangannya ketika itu, setara dengan sesiapa sahaja orang tua dan besar yang menjadi tenteranya ketika itu.
Pastinya, Rasulullah SAW tidak akan memilih orang yang bukan-bukan dalam ekspidisi menumbangkan Rom. Menjadi jeneral bukan mudah. Menggepalai jumlah manusia yang ramai bukan mudah. Menewaskan Rom yang hebat ketika itu bukan mudah. Jeneral perlu tenang, sabar, punya otak yang bergeliga, mampu mengeluarkan strategi yang mantap, perlu tabah dan cekal. Dan pada umur 18 tahun, Usamah bin Zaid ini, telah mempunyai semua itu, sehingga dia diangkat menjadi jeneral.
Kita hari ini? Umur 18, sibuk dengan perempuan seksi, lelaki romantik. Belajar pun tak sungguh-sungguh, masa hadapan pun tak fikir, cita-cita pun tak ada. Hanya tahu seronok, seronok dan seronok sahaja.
Apa yang membuatkan Usamah bin Zaid sematang itu? Kerana kefahamannya bahawa hidup ini hanya untuk Allah, dan di akhirat nanti kehidupannya akan dikira. Kerana itulah intipati madrasah Rasulullah SAW sampaikan, dan terserap pula dalam hidupnya.

Penutup: Maka capailah dengan kematangan yang sebenar
Kita perlu matang. Matang dalam erti kata sebenar. Allah SWT amat suka, remaja yang meninggalkan kenakalan remajanya.
Bukan tidak boleh bercanda, bergurau senda. Namun semua itu kita letakkan di dalam lingkungan kematangan kita. Tidak berlebihan, tidak merosakkan hati, tidak menghancurkan persediaan kita ke akhirat. Biar matang,matang sehingga dihormati, disegani. Sampai akan ada orang kata: Ana ingat enta ni umur 30, baru 19 rupanya. Bukan kerana muka tua, tetapi kerana kedewasaan pemikiran kita.
Hendak capai bagaimana kematangan seperti ini?
Dengan memahami kaitan akhirat dengan kehidupan kita ini.
Mari sama-sama, kita ubah mentaliti kita, bergerak mencapai kematangan.
Ketahuilah bahawa, dunia ini tidak akan berubah, bangsa kita tidak akan meningkat, dan Islam itu tidak akan tersebar, dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai matlamat, dan tidak memahami makna kehidupan. Hanya yang matang sahaja, mempunyai matlamat dan memahami kehidupan dalam erti kata sebenarnya.
Semalam, saya katakan semua ini pada adik-adik yang bertanya.
Mari tanya diri kita, apakah kita hari ini matang?

haa...dah abeh bce dah?matang ke x?heee ^_^...jom sama2 islah diri...wallahua'lam~